

Namun nasib ‘Selalu’ menyebelahi wanita berbintang Taurus ini, Esther Applunius atau lebih mesra dengan panggilan Esther.
Tampil anggun dengan warna unggu muda, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu ini nyata terkejut tatkala namanya diumumkan sebagai Juara Lagu Artis Sabah.
Selain itu, Esther bukan saja membawa pulang wang Tunai RM 3, 000 dan piala Juara Lagu Artis Sabah tetapi juga dinobatkan sebagai pemenang Vokal terbaik yang membawa pulang wang Tunai sejumlah RM1, 000.
“Memang Esther terkejut sebab semua peserta pun memang hebat dan matang dalam arena muzik ini. Esther sudah lama tidak bertanding dihadapan juri professional dan Esther tidak tahu nak kata apa lagi, selain daripada ucapan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong Esther selama ini,” ujar bekas finalis One In A Million (OIAM) 3.
“Lagu ini dari album kedua Esther dan merupakan percubaan pertama Esther dalam penulisan lirik dan penciptaan lagu. Saya sangat bersyukur kerana percubaan ini berjaya dan kepada semua masyarakat Sabah dan para peminat, teruskanlah menyokong Esther,” tambahnya lagi yang kini dalam perancangan untuk melebarkan sayapnya ke industri Muzik Negara.
Manakala bagi Momain Blues yang turut merangkul dua anugerah iaitu Penyanyi Paling Popular dan Lagu Paling Diminati Dalam Kedudukan Carta Mingguan, keempat-empat jejaka ini hanya mampu bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan dan berharap dapat mengukuhkan lagi tapak mereka dalam arena muzik tempatan.
Bagi Dayang Noraini yang memenangi Persembahan Terbaik, beliau mengakui gembira dengan kemenangan yang diperolehi.
“Dayang happy kerana usaha kami berlatih menari selama beberapa hari lepas membuahkan hasil dan bagi Dayang, kami telah lakukan yang terbaik dan terima kasih kepada para peminant yang telah mengundi kami dan juga kepada juri yang menobatkan persembahan Dayang menerusi lagu Kelawar O’ Kelawar sebagai persembahan terbaik,” jelas wanita bertubuh genit ini.
Pertandingan yang berobjektifkan untuk menggalakkan penciptaan lagu-lagu Melayu di kalangan seni suara dan seni muzik tempatan Sabah turut dihiburkan dengan persembahan mantap bekas Juara Lagu Artis Sabah Musim ke-3, Felix Agus dan artis-artis jemputan yang lain.
Sumber: http://newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/47313
17 Januari - Esther dan semua peserta Top 12 mendaftar masuk ke hotel penginapan rasmi.
23 Januari - OIAM musim ke-3 mula bersiaran di 8TV, jam 9.30 malam.
27 Januari - Domain www.estherFC.com telah digunakan secara rasmi.
6 Februari - Keputusan pemilihan Top 40 & Top 20 disiarkan oleh 8TV.
13 Februari - Sidang Akhbar untuk mengumumkan secara rasmi peserta Top 12, OIAM musim ketiga akan diadakan di Menara Kuala Lumpur.
13 Februari - Keputusan pemilihan Top 12 disiarkan oleh 8TV.
20 Februari - Konsert minggu pertama OIAM 3 disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.
20 Februari - Konsert minggu pertama : Esther memenangi imuniti dengan lagu "Better in Time" dari Leona Lewis
27 Februari - Konsert minggu kedua : Esther membawa lagu "Mengenangmu" dari Kerispatih
6 Mac - Pada konsert minggu ke-3 : "Queen of Soul" Esther membawa lagu "I Try" dari Macy Grey
13 Mac - Konsert minggu keempat : Esther memakai baju Purple kegemarannya mendendangkan lagu "Dialah di Hati" dari Datuk Siti Nurhaliza
20 Mac - Buat kali pertamanya menyanyikan lagu berentak "fast". Esther berjaya memukau para pengkritik serta penonton dengan menari sambil menyanyikan lagu Won't Go Home Without You. Esther menerima imuniti untuk kali kedua.
27 Mac - Konsert keenam. Esther susun balik muzik MCR (ada orang kata, berubah 180 darjah!) untuk disesuaikan dengan genre kegemaran serta "kecanggihan vokal" beliau. Buat kali pertamanya, penyokong Esther dapat duduk di barisan paling depan sekali!.
3 April - Konsert ketujuh. Pemberian imuniti dihentikan. Esther menyanyikan lagu "Sweet About Me".
10 April - Konsert kelapan (Top 5). Thema : Minggu Datuk Sheila Majid. Esther menyanyikan lagu "Legenda" dengan susunan muzik yang digubah oleh beliau sendiri. Mendapat kritikan pedas Paul Moss tetapi dalam masa yang sama mendapat pujian dari Pengkiritik Jemputan, Datuk Sheila Majid serta Pengkritik Tetap, Syafinaz. Buat kali pertama keluarga Esther hadir menyaksikan konsert OIAM 3 di Seri Pentas 2. Pada permulaan konsert Esther merupakan antara 3 peserta yang mendapat undian paling sedikit walaupun mendahului ataupun berada di kedudukan no.2 dalam Carta Undian pada hari Isnin hingga Jumaat.
1 Mei : Esther mendahului Carta Undian sepanjang minggu. Malah, ketika proses penyingkiran dibuat pada pemulaan Konsert Grand Final, beliau masih mendahului sehinggalah kira-kira 5 minit sebelum keputusan Juara OIAM 3 diumumkan, tiba-tiba didahului oleh peserta lain. Kesesakan luarbiasa berlaku di semua talian termasuk talian tetap.
Sumber: INFO & PERISTIWA
Esther Fans Blog
http://esther-fan-club.blogspot.com/
Keputusan itu diumumkan juri tetap, Syafinaz Selamat dalam program yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV jam 9.30 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Jumaat lalu.
Syafinaz dan Paul Moss juga sepakat memilih Esther kerana dia menampilkan persembahan terbaik ketika menyampaikan lagu Better In Time dendangan Leona Lewis pada malam itu.
Ketika ditemui selepas persembahan berakhir, Esther berkata, dia tidak sangka terpilih memenangi imuniti itu kerana persembahannya tidak sehebat mana berbanding finalis lain.
"Semua finalis juga menampilkan persembahan yang bagus dan tidak kurang hebatnya. Apa yang penting bagi saya ialah orang boleh nampak impak persembahan saya.
"Selama tiga tahun saya menanti untuk menyertai program realiti ini dan baru sekarang impian itu kesampaian. Saya juga sanggup menghadiri uji bakat semata-mata untuk berada dan menjadi sebahagian peserta dalam program ini," katanya.
Moss berkata, pemilihan Esther kerana dia berjaya menampilkan persembahan paling maksimum pada malam itu berbanding finalis lain.
"Daripada 12 individu yang membuat persembahan, ternyata Esther menyampaikan sesuatu yang 'lebih' kepada penonton pada malam ini.
"Dia juga mempunyai kualiti istimewa yang dicari dalam pertandingan ini. Saya juga dapat merasai apa yang disampaikannya dalam persembahannya," katanya. Syafinaz juga sependapat dengan pandangan Moss mengenai pemilihan Esther itu.
"Saya juga menyukai suaranya kerana dia begitu komited pada persembahan. Dia juga mempunyai gaya dan bakat serta boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian pada masa depan," katanya.
Selain Esther, Norafizah Mohd Yasin atau Pija, 20, yang menyampaikan Lagu Untukmu dendangan kumpulan Meet Uncle Hussain juga antara peserta yang menampilkan persembahan terbaik pada malam itu.
Malah, persembahannya juga mendapat pujian dari Moss dan Syafinaz.
"Selain mempunyai suara yang bagus, persembahan Pija juga bertenaga dan sangat meyakinkan penonton pada malam itu. Cuma Pija tidak boleh terlalu teruja hingga menjejaskan sedikit persembahannya," katanya.
Syafinaz berkata, ada finalis yang tidak menampilkan persembahan seperti diharapkan pada minggu pertama itu.
"Hanya 90 peratus finalis yang menampilkan persembahan terbaik mereka.
Antara kelemahan ketara ialah ada finalis yang gementar dan takut ketika membuat persembahan," katanya.
Pija puka berkata, dia juga sudah berusaha memberikan persembahan terbaik pada malam itu.
"Saya akan lebih fokus dan yakin pada persembahan minggu depan. Saya berharap tidak ada penyingkiran lagi pada minggu hadapan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, imuniti yang popular dalam rancangan Survivor diperkenalkan bagi meningkatkan elemen drama program berkenaan.
"Kami sudah merancang untuk memperkenalkan imuniti ini sejak tahun lalu cuma baru sekarang ia kesampaian. Kami tampilkan imuniti sebagai kelainan untuk memberitahu penonton finalis bagaimana yang dicari pihak juri untuk membawa pulang wang tunai RM1 juta," katanya.
Finalis lain yang turut membuat persembahan ialah Amylea Azizan atau Amylea, 22, (Aku Skandal/Hujan); Anith Aqilah Sulaiman Lim atau Anith, 17, (That's What You Get/Paramore); Nasharul Aweera Noryissham atau Aweera, 18, (Aku Dah Bosan/Amy Search); Nurhidayu Md Tekhary atau Ayu, 20, (Matahariku/Agnes Monica).
Selain itu, Fify Emielia Shazlin Ahmad Murshadi atau Fify, 19, (If I Were A Boy/Beyonce); Zulqarnain Jaafar (Nine), 27, (Cinta Ini Membunuhku/D'Masiv); Rehana Mohd Yunus atau Han, 22, (Menjaga Hati/Yovie Nuno); Muhammad Ridzuan Sharifudin atau Rizu, 19, (Juwita Citra Terindah/M Nasir); Simon, 25, (Home/Daughtry) dan Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 25, (Cuba/Faizal Tahir).
Program realiti yang menampilkan gandingan pengacara Awal Ashaari dan Marion Counter ini menemui penonton setiap Jumaat jam 9.30 malam menerusi saluran 8TV.
Sumber: http://www.pekanrabu.biz/t1175p450-berita-dunia-hiburan-part-6
Sumber: http://www.myspace.com/estheroiam3