Tuesday, 3 January 2012

Betapa Hatiku - Esther Applunius OIAM3

Esther Elizabeth Applunius 10 years ago

Selalu- Esther Applunius OIAM3

Esther Applunius MTV Promo

Esther Applunius is the first runner up of One in A Million season 3 and already launch her new album Selalu on 30 April 2010. This is her second album Selalu is unique because four language in one album, Malay ,English Chinese and Kadazandusun.
Esther Applunius had put her 100% effort on her second album while most of the songs in her new album,Selalu was composed by herself.

Jason J Bullah (Tampasak Productions) is the men who responsible to do the video recording and editing. I believe with his skills and creativity Esther Applunius MTV will much more different from others sabahan local artist. I can say the quality and creativity from Tampasak Productions is the best so far in sabah for now. Hope to see more and more entertainment product in the future with a high quality.

There are eight song in this album:
1. Selalu (Malay)
2. Piupusan Sogigisom (Kadazan)
3. Ounsikou Zou Id Toningnu (Kadazan)
4. Miilang Kito Koposion (Dusun)
5. Pagarason Ku Ginawo (Dusun)
6. Lamazo Tokou Kaamatan. (Kadazan)
7. Miss You Very Strong (English)
8. Zhou Chien. (Chinese)

CD (21.90)and MTV (25.90) are available in the market… support our local artists…. Listen original, watch original, buy original … and .. be original.

Source: http://starznews.blogspot.com/2010/05/esther-applunius-mtv-promo.html

ESTHER RAI NATAL DI KAMPUNG PERTAMA KALI


Akhbar Harian Ekspress bertarikh 25hb Disember 2011

Esther 'Selalu' Jadi Juara


PENTAS Centre Atrium 1Borneo, sememangnya sengit dengan persembahan hebat lapan peserta yang berentap dalam pertandingan akhir Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah Musim ke-4, kelmarin.

Namun nasib ‘Selalu’ menyebelahi wanita berbintang Taurus ini, Esther Applunius atau lebih mesra dengan panggilan Esther.

Tampil anggun dengan warna unggu muda, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu ini nyata terkejut tatkala namanya diumumkan sebagai Juara Lagu Artis Sabah.

Selain itu, Esther bukan saja membawa pulang wang Tunai RM 3, 000 dan piala Juara Lagu Artis Sabah tetapi juga dinobatkan sebagai pemenang Vokal terbaik yang membawa pulang wang Tunai sejumlah RM1, 000.

“Memang Esther terkejut sebab semua peserta pun memang hebat dan matang dalam arena muzik ini. Esther sudah lama tidak bertanding dihadapan juri professional dan Esther tidak tahu nak kata apa lagi, selain daripada ucapan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong Esther selama ini,” ujar bekas finalis One In A Million (OIAM) 3.

“Lagu ini dari album kedua Esther dan merupakan percubaan pertama Esther dalam penulisan lirik dan penciptaan lagu. Saya sangat bersyukur kerana percubaan ini berjaya dan kepada semua masyarakat Sabah dan para peminat, teruskanlah menyokong Esther,” tambahnya lagi yang kini dalam perancangan untuk melebarkan sayapnya ke industri Muzik Negara.

Manakala bagi Momain Blues yang turut merangkul dua anugerah iaitu Penyanyi Paling Popular dan Lagu Paling Diminati Dalam Kedudukan Carta Mingguan, keempat-empat jejaka ini hanya mampu bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan dan berharap dapat mengukuhkan lagi tapak mereka dalam arena muzik tempatan.

Bagi Dayang Noraini yang memenangi Persembahan Terbaik, beliau mengakui gembira dengan kemenangan yang diperolehi.

“Dayang happy kerana usaha kami berlatih menari selama beberapa hari lepas membuahkan hasil dan bagi Dayang, kami telah lakukan yang terbaik dan terima kasih kepada para peminant yang telah mengundi kami dan juga kepada juri yang menobatkan persembahan Dayang menerusi lagu Kelawar O’ Kelawar sebagai persembahan terbaik,” jelas wanita bertubuh genit ini.

Pertandingan yang berobjektifkan untuk menggalakkan penciptaan lagu-lagu Melayu di kalangan seni suara dan seni muzik tempatan Sabah turut dihiburkan dengan persembahan mantap bekas Juara Lagu Artis Sabah Musim ke-3, Felix Agus dan artis-artis jemputan yang lain.


Sumber: http://newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/47313

PROMOSI ALBUM

Album Kadazandusun

Selalu - Audio CD (RM21.90)

Selalu - MTV Karaoke (RM25.90)




BELI YANG ORIGINAL...:-)













KENANGAN ESTHER APPLUNIUS DI OIAM3

17 Januari - Esther dan semua peserta Top 12 mendaftar masuk ke hotel penginapan rasmi.

23 Januari - OIAM musim ke-3 mula bersiaran di 8TV, jam 9.30 malam.

27 Januari - Domain www.estherFC.com telah digunakan secara rasmi.

6 Februari - Keputusan pemilihan Top 40 & Top 20 disiarkan oleh 8TV.

13 Februari - Sidang Akhbar untuk mengumumkan secara rasmi peserta Top 12, OIAM musim ketiga akan diadakan di Menara Kuala Lumpur.

13 Februari - Keputusan pemilihan Top 12 disiarkan oleh 8TV.

20 Februari - Konsert minggu pertama OIAM 3 disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.

20 Februari - Konsert minggu pertama : Esther memenangi imuniti dengan lagu "Better in Time" dari Leona Lewis

27 Februari - Konsert minggu kedua : Esther membawa lagu "Mengenangmu" dari Kerispatih

6 Mac - Pada konsert minggu ke-3 : "Queen of Soul" Esther membawa lagu "I Try" dari Macy Grey

13 Mac - Konsert minggu keempat : Esther memakai baju Purple kegemarannya mendendangkan lagu "Dialah di Hati" dari Datuk Siti Nurhaliza

20 Mac - Buat kali pertamanya menyanyikan lagu berentak "fast". Esther berjaya memukau para pengkritik serta penonton dengan menari sambil menyanyikan lagu Won't Go Home Without You. Esther menerima imuniti untuk kali kedua.

27 Mac - Konsert keenam. Esther susun balik muzik MCR (ada orang kata, berubah 180 darjah!) untuk disesuaikan dengan genre kegemaran serta "kecanggihan vokal" beliau. Buat kali pertamanya, penyokong Esther dapat duduk di barisan paling depan sekali!.

3 April - Konsert ketujuh. Pemberian imuniti dihentikan. Esther menyanyikan lagu "Sweet About Me".

10 April - Konsert kelapan (Top 5). Thema : Minggu Datuk Sheila Majid. Esther menyanyikan lagu "Legenda" dengan susunan muzik yang digubah oleh beliau sendiri. Mendapat kritikan pedas Paul Moss tetapi dalam masa yang sama mendapat pujian dari Pengkiritik Jemputan, Datuk Sheila Majid serta Pengkritik Tetap, Syafinaz. Buat kali pertama keluarga Esther hadir menyaksikan konsert OIAM 3 di Seri Pentas 2. Pada permulaan konsert Esther merupakan antara 3 peserta yang mendapat undian paling sedikit walaupun mendahului ataupun berada di kedudukan no.2 dalam Carta Undian pada hari Isnin hingga Jumaat.

1 Mei : Esther mendahului Carta Undian sepanjang minggu. Malah, ketika proses penyingkiran dibuat pada pemulaan Konsert Grand Final, beliau masih mendahului sehinggalah kira-kira 5 minit sebelum keputusan Juara OIAM 3 diumumkan, tiba-tiba didahului oleh peserta lain. Kesesakan luarbiasa berlaku di semua talian termasuk talian tetap.



Sumber: INFO & PERISTIWA

Esther Fans Blog

http://esther-fan-club.blogspot.com/

Esther Ada Kualiti Istimewa


MINGGU pertama program realiti tv, One In A Million musim ketiga (OIAM3) menyaksikan finalis dari Kota Kinabalu, Sabah, Elizabeth Applunius Chin atau Esther, 21, dipilih sebagai penerima 'imuniti' pertama iaitu terselamat daripada menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) keluar pada minggu hadapan.

Keputusan itu diumumkan juri tetap, Syafinaz Selamat dalam program yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV jam 9.30 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Jumaat lalu.

Syafinaz dan Paul Moss juga sepakat memilih Esther kerana dia menampilkan persembahan terbaik ketika menyampaikan lagu Better In Time dendangan Leona Lewis pada malam itu.

Ketika ditemui selepas persembahan berakhir, Esther berkata, dia tidak sangka terpilih memenangi imuniti itu kerana persembahannya tidak sehebat mana berbanding finalis lain.

"Semua finalis juga menampilkan persembahan yang bagus dan tidak kurang hebatnya. Apa yang penting bagi saya ialah orang boleh nampak impak persembahan saya.

"Selama tiga tahun saya menanti untuk menyertai program realiti ini dan baru sekarang impian itu kesampaian. Saya juga sanggup menghadiri uji bakat semata-mata untuk berada dan menjadi sebahagian peserta dalam program ini," katanya.

Moss berkata, pemilihan Esther kerana dia berjaya menampilkan persembahan paling maksimum pada malam itu berbanding finalis lain.

"Daripada 12 individu yang membuat persembahan, ternyata Esther menyampaikan sesuatu yang 'lebih' kepada penonton pada malam ini.

"Dia juga mempunyai kualiti istimewa yang dicari dalam pertandingan ini. Saya juga dapat merasai apa yang disampaikannya dalam persembahannya," katanya. Syafinaz juga sependapat dengan pandangan Moss mengenai pemilihan Esther itu.

"Saya juga menyukai suaranya kerana dia begitu komited pada persembahan. Dia juga mempunyai gaya dan bakat serta boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian pada masa depan," katanya.

Selain Esther, Norafizah Mohd Yasin atau Pija, 20, yang menyampaikan Lagu Untukmu dendangan kumpulan Meet Uncle Hussain juga antara peserta yang menampilkan persembahan terbaik pada malam itu.

Malah, persembahannya juga mendapat pujian dari Moss dan Syafinaz.

"Selain mempunyai suara yang bagus, persembahan Pija juga bertenaga dan sangat meyakinkan penonton pada malam itu. Cuma Pija tidak boleh terlalu teruja hingga menjejaskan sedikit persembahannya," katanya.

Syafinaz berkata, ada finalis yang tidak menampilkan persembahan seperti diharapkan pada minggu pertama itu.

"Hanya 90 peratus finalis yang menampilkan persembahan terbaik mereka.

Antara kelemahan ketara ialah ada finalis yang gementar dan takut ketika membuat persembahan," katanya.

Pija puka berkata, dia juga sudah berusaha memberikan persembahan terbaik pada malam itu.

"Saya akan lebih fokus dan yakin pada persembahan minggu depan. Saya berharap tidak ada penyingkiran lagi pada minggu hadapan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, imuniti yang popular dalam rancangan Survivor diperkenalkan bagi meningkatkan elemen drama program berkenaan.

"Kami sudah merancang untuk memperkenalkan imuniti ini sejak tahun lalu cuma baru sekarang ia kesampaian. Kami tampilkan imuniti sebagai kelainan untuk memberitahu penonton finalis bagaimana yang dicari pihak juri untuk membawa pulang wang tunai RM1 juta," katanya.

Finalis lain yang turut membuat persembahan ialah Amylea Azizan atau Amylea, 22, (Aku Skandal/Hujan); Anith Aqilah Sulaiman Lim atau Anith, 17, (That's What You Get/Paramore); Nasharul Aweera Noryissham atau Aweera, 18, (Aku Dah Bosan/Amy Search); Nurhidayu Md Tekhary atau Ayu, 20, (Matahariku/Agnes Monica).

Selain itu, Fify Emielia Shazlin Ahmad Murshadi atau Fify, 19, (If I Were A Boy/Beyonce); Zulqarnain Jaafar (Nine), 27, (Cinta Ini Membunuhku/D'Masiv); Rehana Mohd Yunus atau Han, 22, (Menjaga Hati/Yovie Nuno); Muhammad Ridzuan Sharifudin atau Rizu, 19, (Juwita Citra Terindah/M Nasir); Simon, 25, (Home/Daughtry) dan Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 25, (Cuba/Faizal Tahir).

Program realiti yang menampilkan gandingan pengacara Awal Ashaari dan Marion Counter ini menemui penonton setiap Jumaat jam 9.30 malam menerusi saluran 8TV.



Sumber: http://www.pekanrabu.biz/t1175p450-berita-dunia-hiburan-part-6

~ABOUT THIS LADY READ && TAKE NOTES~


I'm quite calm people who do not exhibit aggressive behavior and will avoid confrontation at all costs. Low-profile. When angry about something, I will keep silent for a while.. then approach it calmly and considerately. I hardly ever raising My voice, or becoming visibly annoyed by my FRIENDS. :-D Maybe bcoz' of my serenity?.. I'm seem to miss things, whether I'm confrontational in nature or not. However, I'm quite keen and pays close attention to the situations developing around. I work very hard to avoid conflict. Intelligent(Hehe)and quick, which can talk to myself in or out of most situations with no problems! I love my friends, I always offered them all a warm refuge and a sympathetic shoulder to cry on if They need Me. Active and adventurous and love anything that sparks my creativity or curiosity. I'm a stylish creature who finds interest in different cultures. A bit classy and sophisticated, and can be found adorning one of the latest fashion magazine cover looks. I also like artistic ventures, such as painting and music and are generally quite present in these worlds. Anyway, I enjoyed catching up and hanging out more than anything! In other words...I AM.. sensitive, tactful, home loving, refined, prudent, discreet, long-living, ambitious, cultured, well-mannered, artistic, considerate, scholarly, suave, graciously hospitable, modest and unimpeachable virtuous.

Biodata Esther Applunius

Nama Penuh: Elizabeth Applunius Chin

Nama Panggilan: Esther

Tarikh Lahir: 12 April 1987

Tempat Lahir: Hospital Queen Elizabeth

Nama Ayah: Applunius Chin Yung

Nama Ibu: Helen @ Jilim Gandaik

Tinggi: 155 cm

Berat Badan: 54 kg

Adik-Beradik: 8 orang dan anak ke-5.

1. Donysia Applunius
2. Charl Rossi Applunius
3. Aldina Applunius
4. Herman Applunius
5. Esther Applunius
6. Donysius Applunius
7. Daniel Applunius
8. Aaron Ryan Applunius

Pendidikan: Shan Tao Kindergarden, SRJK (C) Shan Tao, Tahun 1-6,
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Tingkatan 1-5

Makanan: Oxtail Asam Pedas (Hyatt, KK).... Masakan ibu.

Minuman: Green Tea Panas

Warna: Hijau, Pink, merah, hitam, ungu, biru.

Buku Bacaan: 10 things about women, Mad, Long House, Black Diary etc.

Sukan: Badminton, bowling, futsal.

Baju: "As long as its cute, sexy and stunning"

Hobi: Menyanyi, melukis, menjahit, menari

Pencapaian:

- Bintang Kecil (Sabah State Level) organized by RTM Sabah (1998) - Champion

- Bintang Kecil Kebangsaan 1998 organized by RTM Malaysia - Champion

- Sugandoi Kaamatan (2005) - Champion

- PERTISA Award (2008) - Most Popular Singer in Sabah (Female Category)

- One In A Million 3 (2009) - 1st Runner Up

Album:

Esther Applunius Vol.1 (2005)

Esther Applunius “SELALU" (2010)

Drama, filem dan telemovie:

Cuci The Musical.

Ucapan istimewa kepada para peminat:

Kepada semua yang meminati dan menyokong saya selama ini.... Terima kasih yang tidak terhingga buat anda semua! Teruskan menyokong saya dan artis tempatan yang lain. I love you all....very strongg!! Muaxxx"

Cerita Esther Applunius


Saya mula pandai menyanyi dalam umur lingkungan umur 6 tahun, sy suka mendengar kawan2 jran sebelah menyanyi di beranda2 rumah, kdg2 di tangga2 rumah dorang duduk2 sebelah petang. Sy datang tgok dan dgr ja.. Lama2 pandai pula pi ikut2 nyanyi. Then, dgn keminatan itu pun…sy test ikut persembahan2 anjuran tadika pada tahun 1993. Siok oo dat tym! Bakat nyanyian sy turun dari bapa sy ni, yg mana beliau merupakan pemain muzik, pemain gitar bass dalam kmpulan D’ 4 brothers, yg dulunya bergiat aktif dalam rancangan2 anjuran RTM sabah dlm tahun 1980-an. Ceritanya bgini, everytym bapa sy practice2 lagu, sambil main bass, sy akan duduk dan dengar. Disebabkan berkali2 lagu tu kena rewind2, lama2 sy “hapal” sudah tu tune…sampai ada satu ketika, bapa sy tersalah key…. “ Pa, sumbang sudah tu, ko masuk muzik sudah tu”. Kicil2 pandai mgkritik sudah. Haha..! Kalau sy ingat balik, memori sy terlalu sweet. Sukar utk dilupakan..Sampai sudah besar panjang begini pun, sy nda terasa. Yang tua pula sudah sy niii.. :-/ Well, pada asalnya walaupun bapa sy suka sy menyanyi tp, mama sy, bantahan 90% yg 10% dia paksa diri saja tu. Dia nda mau sy jadi penyanyi, dia bilang, “Mujik teda masa dapan!!!” Sy kcewa juga la mama sy marah2 kalau sy ikut2 bapa sy. Bkn ja sy, tp bapa sy pun ikut kena “Tiao!” juga. Hahahha! Sorry lah pa.. Tapi nda berputus asa lagi sy time tu, mana saja function yg ada band bapa sy main, sy pi ikut saja.. Darjah 3 sudah sy jadi penyanyi band. Kicik2 lg tym tu.. And with dat, Uncle sy selaku ketua band tym tu, kasi gaji lah sy la, memandangkan sy darjah 3 maka RM30 ja sy kena byr..and smtimes lgsung tiada. Tapi masa tu sy tidak terfikir pasal bayaran2 nii. Yg penting sy betul2 enjoy brada di situasi majlis2 kawin, party dan dpt menyanyi… Ada bbrapa kali function kawin tu, kena invite 1 penyanyi.. Nah! The one n only, The greatest Monica Ongkosing! Wow! Dalam pikiran sy tym tu, sy mau jadi mcm dia ooo… Mantap oo dia… Dialah artis veteran yg betul2 hebat masa tu. Sampailah skrg… Dari umur 9 tahun sy banyak menimba ilmu, slain ilmu d sekolah, jadi penyanyi band.. Finally mama sy ada ok sikit la, parents sy start hantar pi vocal class menimba ilmu dalam vocal, dbwah ajaran oleh Mr. Gomez dan istri, madam Slyvia Batin. Smua student berumur 20-an ke atas.. Even grandma org pun ada juga. Sy jugalah yg paling muda.. Dari sana lah sy campin sikit sudah mnyanyi ni.. Sampai lah sy joined ni pertandingan bintang kecil RTM 1998, disana lah bermula karier yg sebenar……wlau mcmana pun pelajaran tetap menten.. adalah sikit2 ponteng skolah. Tapi lulus juga ba aku! Hehe… Di kesempatan ini, I would like to thanks so much to my 2 vocal teacher..kerna menurunkan ilmu2 mereka.. God bless them. Dan tdk dilupakan kpda kdua ibu-bapa sy.. akhirnya dorang paham juga keminatan sy ni.. Dorang memblanjakn duit utk sy pi blajar vocal slama 2 tahun. Tym ikut pertandingan, pi bikin baju lagi, sewa baju itu-ini… Jahat juga aku nii, menyengsarakan bapa mama sy.. Tp tidak apa, Pa..Ma.. sy akan buat ditahap yg paling terbaik utk competition ni.. harap2 sy boleh juga membanggakan nama keluarga, bangsa, negeri sabah, dan juga Negara! Wahhh, HEBAT bana impian si kawan ni tau.. ;-D N to Our Saviour, GOD.. Sy bersyukur sgt padaNya, dikurniakan talent yg menjadikan sy salah satu “One In A Million” diantara mereka yg berbakat.. ;-)


Sumber: http://www.myspace.com/estheroiam3

Esther Applunius Biography

Elizabeth Applunius Chin, also known as Esther Applunius or Esther OIAM 3 (born 12 April 1987 in Tambunan, Sabah, Malaysia) is a Malaysian singer. Her father, Applunius Chin of Papar, is a veteran musician on Radio Televisyen Malaysia (RTM).
The fifth of eight siblings, she studied at Shan Tao Kindergarten, SRJK (C) and Kota Kinabalu High School. Esther has enjoyed singing since she was 9 years old, and at the age of 10 she was Sabah champion in the RTM singing contest Bintang Kecil.
In 2009 she reached the final of the popular Malaysian TV reality show One In A Million and many expected her to win. However, she gained second place after Shah Indrawan Ismail.

Performance and singing competitions

Apart from her television appearances in One In A Million, Esther has entered and won many singing competitions since she started performing in 1996, including the 2005 Sugandoi Kaamatan singing contest and the 2008 PERTISA Award for the most popular singer in Sabah in the women's category.
She has also been a member of several bands, including D’Illusions, and has performed in a number of venues in Kota Kinabalu, the state capital of Sabah.

Recordings
  • 2005 - Esther Applunius (Kadazandusun album)
  • 2009 - Menggapai Mimpi (Single)
  • 2010 - Selalu

For further information please visit this link, http://en.wikipedia.org/wiki/Esther_Applunius